Corporate social responsibility

Yayasan SEDHAR

PENGENALAN

Yayasan SEDHAR (Sumbangan Ehsan Dato Haji Abdul Rahman) telah didaftarkan dibawah Akta Syarikat 1965 pada 11 Disember 2006.

Tujuan utama penubuhan Yayasan ini terbit daripada kesedaran Dato’ Hj. Abdul Rahman sebagai seorang insan yang lemah dan kerdil di sisi Allah S.WT, perlu menyumbang sebahagian dari pendapatannya bagi tujuan keagamaan, kebajikan, pelajaran dan sebagainya.

 

OBJEKTIF PENUBUHAN YAYASAN SEDHAR

Yayasan SEDHAR ditubuhkan untuk tujuan-tujuan berikut:

  • Bagi mengadakan Yayasan untuk Dato’ Hj Abdul Rahman mengumpul dana daripada sebahagian hasil perniagaan Kumpulan Rahman Brothers Sdn Bhd (KRB) dan syarikat-syarikatnya yang lain dan diagihkan untuk tujuan sedekah dari masa ke semasa.
  • Yayasan SEDHAR akan mengurus derma ini dan mengagihkannya kepada pihak-pihak yang memerlukan, untuk tujuan membina masjid, madrasah, kebajikan, pelajaran bagi ahli-ahlinya.
  • Yayasan SEDHAR bertanggunggjawab menyimpan rekod dana ini, mengemaskini rekod penerima dan menentukan dana dibelanjakan mengikut tujuan asal penubuhannya.

 

KEAHLIAN YAYASAN

Keahlian Yayasan SEDHAR terbahagi kepada dua kategori:

  • Ahli keluarga keturunan Allahyarham Tuan Haji Ibrahim (ayahanda Dato’ Hj Abd Rahman), termasuk adik-beradik Dato’ Hj Abd Rahman serta suami/isteri masing-masing, anak-anak, anak-anak saudara Dato’ serta pangkat cucu cicit dan suami isteri mereka itu dan generasi keturunan yang akan datang.
  • Warga kerja Kumpulan Rahman Brothers Sdn Bhd (KRB) dan Syarikat-syarikat lain serta suami, isteri, anak-anak mereka, dengan syarat warga kerja ini telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama 5 tahun, menunjukkan prestasi cemerlang dan setia kepada syarikat.

 

PENAUNG DAN AHLI LEMBAGA PENGARAH

Yayasan SEDHAR mempunyai 3 orang pengarah yang juga bertindak sebagai Pemegang Amanah, iaitu:

  • Yg. Bhg. Dato’ Hj Abd Rahman bin Hj Ibrahim
  • Yg. Bhg. Datin Hjh Aminah bte Abd Rahim
  • Yg. Bhg. Datin Hjh Sepiah bte Hassan

 

SETIAUSAHA SYARIKAT

Ismail bin Samad
D/A Ad Din Management Services,
113-B, Jalan Aminuddin Baki,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur.

Tel:03-7727 3179
Faks:03-7710 7232

 

PEJABAT BERDAFTAR DAN PEJABAT OPERASI

Yayasan SEDHAR,
Mezzanine Floor,
Wisma Rahman Brothers,
No. 6, Persiaran Jubli Perak,
40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Tel:03-5614 2222
Faks:03-5614 2233