APA KATA MEREKA?

Azuan Shah Bin Mohd Sarif – Penasihat Servis (Rahman Brothers Automotive Sdn. Bhd.)

Beliau melahirkan perasaan amat gembira dan bersyukur kerana telah diberikan Anugerah Penasihat Perkhidmatan pada tahun 2019. Menjaga waktu solat, selalu bermesra dan menjaga perilaku dengan pelanggan dan semua orang merupakan cara beliau mengekalkan prestasinya di tempat kerja. Beliau sentiasa mendengar dan mengikuti arahan yang diberikan oleh majikannya. Dorongan yang diberikan oleh majikannya telah menjadikannya beliau pada tahap sekarang yang telah beliau kecapi ini. Akhir , beliau berazam ingin cuba meningkatkan prestasi kerja sekarang kepada yang lebih baik pada tahun ini.