APA KATA MEREKA?

Mohd Anwar Mohd Taib – Pengurus Rahman Brothers Automotive Sdn. Bhd. (Pusat Servis)

 “Terima kasih kepada syarikat Rahman Brothers kerana memberi penganugerahan ini kepada saya dan menjadikan saya lebih bersemangat untuk menjalankan tugas pada tahun ini”, itu yang lahir daripada beliau selepas beliau mendapat Anugerah Komitmen dan Pencapaian Terbaik 2019. Sentiasa segala arahan yang diberi oleh Encik Hamdan merupakan tips yang sentiasa dipegang ketika menjalankan tugas. Bermula sebagai juruteknik syarikat kemudian Service Advisor dan menjadi Manager Service, beliau berhasrat untuk pergi ke instructor dan terus maju kehadapan kerana percaya bahagian automotif boleh pergi ke tangga seterusnya. Akhir sekali, beliau ingin terus membantu Syarikat Rahman Brothers Automotif dalam bahagian servis supaya dapat mencapai target baru yang diberikan oleh Proton dan syarikat, meningkatkan hasil jualan dan memperbanyakkan pelanggan untuk datang servis di syarikat.