APA KATA MEREKA?

Shamsul Anuar Shoib – Pengurus Rahman Brothers Automotive Sdn. Bhd.

Bangga dengan pencapaian yang telah diberikan pada tahun 2019 dan lebih bermotivasi untuk tahun 2020 merupakan perasaan yang dizahirkan oleh beliau selepas menerima Anugerah Komitmen Pencapaian RBA 2019. Segala usaha yang diberi kepada syarikat Rahman Brothers dibayar atau dengan kata lain dihargai dengan pengiktirafan yang telah diberikan oleh syarikat. Beliau juga berkata pengiktirafan ini perlu dilakukan secara berterusan kepada semua yang telah berbakti kepada syarikat. Usaha keras untuk mencapai sasaran bagi mengekalkan prestasi yang baik diaplikasikan semasa beliau bekerja. Segala usaha daripada pelbagai perspektif seperti masa dan tenaga digunakan bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Mempunyai rasa tanggungjawab kepada syarikat dengan jawatan yang dipikul telah mendorong beliau untuk berjaya. Beliau mearasakan perlu untuk buktikan sesuatu kepada syarikat dalam bidang jualan supaya dapat mencapai sasaran. Beliau juga berazam untuk meningkatkan jualan kepada 30% daripada tahun 2019 dengan sokongan daripada yang terlibat. Akhir kata, beliau ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak pengurusan dan semua sales team yang telah bersama-sama bertungkus lumus dan berkerja keras untuk mencapai jualan tahun 2019. Tiada pihak pengurusan yang baik, tiada sales team yang baik, pencapaian jualan tidak akan dapat dicapai.