Sempena kedatangan tahun baru 2020, pihak syarikat Rahman Brothers telah menganjurkan Perjumpaan Khas Rahman Brothers Awal Tahun 2020 Bersama Pengurusan Tertinggi Kumpulan Rahman Brothers Dan Kakitangan – Kakitangan Rahman Brothers. Perjumpaan yang diadakan pada jam 10.00 pagi dan bertempat di Showroom RBM ini, telah berlangsung dengan jayanya. Seramai 100 orang staf Rahman Brothers termasuk pengurusan tertinggi telah hadir bersama bagi memeriahkan lagi perjumpaan ini. Hala tuju serta misi dan visi Syarikat Rahman Brothers tahun 2020 telah dibincangkan di dalam perjumpaan ini. Penganugerahan prestasi 2019 juga telah diadakan bagi meraikan pekerja yang telah berjasa di dalam perkhidmatan sepanjang tahun 2019. Penganugerahan diberikan oleh Puan Aisyaruby Dato’ Hj Abd Rahman, Pengurus Hartanah kepada pekerja yang cemerlang dalam perkhidmatannya. Antara anugerah yang diterima oleh pekerja ialah Shamsul Anuar Shoib – Anugerah Komitmen Pencapaian Jualan 2019, James Ch’ng Eng Hoe – Anugerah Komitmen Pencapaian Jualan 2019, Mohd Anwar Mohd Taib – Anugerah Komitmen dan Pencapaian Terbaik 2019, Mohd Shahrizal Abdul Rahman – Anugerah Eksekutif Jualan RBM (25 unit), Muhammad Zulhilmi Kamaruzaman – Anugerah Eksekutif Jualan RBA (41 unit), Azuan Shah Bin Mohd Sarif – Penasihat Perkhidmatan RBA dan Wan Mohd Asraf Bin Wan Abdullah – Juruteknik RBA. Pihak Syarikat Rahman Brothers mengucapkan sekalung tahniah dan syabas di atas penganugerahan yang telah diterima pada tahun 2019. Semoga prestasi sebegini dapat dikekalkan pada tahun ini dan seterusnya.