APA KATA MEREKA?

James Ch’ng Eng Hoe – Pengurus Rahman Brothers Motor Sdn. Bhd.

Beliau berasa gembira dan menghargai anugerah yang diberikan oleh syarikat. Beliau mengucapkan terima kasih kepada sales team usaha yang telah disumbangkan oleh mereka dalam mencapai sasaran pada tahun 2019. Sentiasa bersifat rajin, jujur, agresif, bermotivasi dan mempunyai pemikiran positif dalam menjalankan tugas supaya segala kerja yang dilakukan berjalan lancar. Berpendapat bahawa Rahman Brothers merupakan syarikat yang mempunyai pasaran yang bagus, mendorong beliau untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sasaran yang diletakkan. Selain daripada usaha yang diberikan, sales team dan keluarga juga merupakan dorongan beliau untuk berjaya kerana pasukan yang bekerja sebagai satu keluarga dapat memudahkan sesuatu tugasan. Berharap pada tahun ini jualan akan meningkat daripada tahun lepas dan menjalankan tugas dengan lebih baik supaya hasil yang diperoleh seiring denga usaha yang diberikan. Beliau juga mengharapkan pencapaian maksimum pada tahun lepas dapat dicapai pada tahun ini dan mengharapkan tahun ini lebih baik daripada tahun lepas.